Wednesday 7 October 2015

Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah, amen…

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda set menyusu Shaklee.

Saya sendiri pada awal permulaan telah mencuba Shaklee dengan mengambil set ini. Terbukti set ini dapat membantu saya dalam meneruskan dunia penyusuan susu ibu untuk anakanda tercinta, anak-anak syurga.

Untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga, ibu menyusu boleh mengambil vitamin sebagai makanan tambahan atau booster. Teorinya senang sahaja. Ibu sihat maka susu yang dihasilkan juga sihat. Susu yang dihasilkan juga menjadi penuh nutrisi, pekat dan menggiurkan. 

Sebelah kanan adalah susu yang dihasilkan selepas mengamalkan vitamin

Set ini mengandungi produk-produk berikut: Alfafa, Vitamin C, Omega, ESP, Vita-lea dan Ostematrix.



Alfalfa Complex

Produk ini merupakan formula khas dari Shaklee yang telah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.


Alfalfa Complex telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Di samping itu, Alfalfa bagus untuk kesihatan buah pinggan dan merendahkan kandungan kolestrol.

ESP

Diperbuat dari soya bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak mengubah kandungan genetic organismanya. Ianya juga diproses dengan air, BUKAN alcohol dan diproses dengan suhu yang rendah. Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen yang membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Di samping Isoflavone melambat, membantu, melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. Di samping itu, soya mengandungi protein yang tinggi untuk bayi anda.

 
Omega Guard

DHA yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan  iaitu badan ramping dan sihat, dapat juga menyusukan bayi.

Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar.


Ostematrix

Ianya sangat penting untuk gigi dan tulang anda. Untuk pengetahuan anda, susu yang anda berikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tinggi. Jika badan anda tidak mempunyai kalsium yang cukup, kalsium-kalsium ini akan diserap dari tulang anda untuk menghasilkan susu. JIka hal ini berterusan, lama-kelamaan, terutama kepada ibu yang mempunyai anak ramai, tulang anda akan menjadi rapuh, gigi ronggak, belakang membongkok. Oleh itu, amat penting untuk anda pastikan yang anda mengambil kalsium yang cukup setiap masa.


 
Vita-C Plus

Penting untuk mengoptimumkan imun sistem dalam badan anda dan bayi. Di samping itu, ia juga membantu dalam penghasilan kolagen. Selain ianya juga bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.



Vita-Lea

Adalah yang terpenting untuk anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan.


Jika berminat dan ingin mendapatkan SET MENYUSU ini dengan harga yang terBAIK, hubungi saya di


PM di Facebook: Syikin Karim


Anda pasti tidak menyesal, InShaaAllah...

Akhir kata, saranan dari saya ialah cara yang tebaik untuk memastikan kesihatan bayi anda adalah dengan menjaga kesihatan anda sendiri InShaaAllah.


Terima kasih kerana sudi membaca.
 

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184 

1 comment:

  1. Set menyusu ni memang awesome, memang saya sendiri nampak perubahan pada rupa dan warna susu yang diperah. Anak yang menyusu pun cepat kenyang. Alhamdulillah dan syukur ditemukan dengan produk Shaklee.

    Kepada yang ingin mencuba, boleh hubungi saya. InShaaAllah anda pasti tidak menyesal.

    ReplyDelete