Thursday 10 August 2017

Pengalaman Berpantang DENGAN Shaklee Vs TANPA Shaklee

Assalamualaikum... Agak lama tiada post baru yer. Alhamdulillah setelah lama menyepi, kali ni saya nak cerita pengalaman saya sendiri semasa mengamalkan vitamin Shaklee.

Ketika ini, saya sedang berpantang anak ketiga. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Amat berbeza pantang kali ni jika dibandingkan ketika berpantang anak pertama dan kedua.

Perbezaan yang paling ketara saya rasakan ialah tiada lagi istilah sembelit @ susah nak membuang air besar ketika dalam pantang. Pengalaman ngeri duduk hampir sejam di tandas dengan berpeluh-peluh menahan sakit nak membuang. Bila dah membuang, bahagian dubur tu sampai berdarah juga la akibat luka. Siapa yang dah melalui taula bagaimana seksanya nak membuang. Sampai sanggup tahan dari buang air besar sebab takut. Tapi perbuatan tu memudaratkan yer, jangan buat, bahaya... Alhamdulillah kini, saya tidak lagi rasakan pengalaman tersebut pada pantang kali ni kerana saya amalkan set pantang Shaklee, semuanya dengan izin Allah jua.

Shaklee - Set Pantang dan Menyusu

Bukan itu sahaja, luka jahitan juga cepat sembuh disamping badan rasa lebih bertenaga, dapatlah saya menjaga anak-anak dengan lebih sempurna.

Saya pernah ceritakan pengalaman ni kepada kakak saya, dan respon yang saya dapat dari dia, kenapalah aku tak jumpa Shaklee masa bersalin dulu? Hahaha... Bila diajak hamil lagi, taknak pulak, almaklum umur pun dah banyak.

Haa... Kepada anda yang akan bersalin, jangan lupa ambil set pantang Shaklee dan rasakan sendiri keistimewaannya. InshaAllah pasti anda tidak menyesal bahkan anda akan lebih rasa seronok nak berpantang lagi kot, hehehe...

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca sekalian...

No comments:

Post a Comment