Wednesday 23 May 2018

Mealshakes - Teman Mesra Ketika Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Jom baca artikel ini. Topik hari ini ialah Mealshakes Teman Mesra Ramadhan
Biasa kalau sebut Mealshake ni sinonim dengan kanak-kanak untuk lebih cergas, tambah selera makan anak kan. Tapi, sebenarnya Mealshakes juga sangat sesuai untuk orang dewasa sebagai pelengkap hidangan.

Apa itu Mealshake? 

Mealshakes ni merupakan multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pil vitamin atau suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mealshakes boleh diambil semasa bersahur mahupun berbuka puasa. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar dan tahan lebih lama.

Mealshakes juga amat sesuai diberi kepada kanak-kanak yang mula belajar berpuasa kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang berpanjangan disamping dapat membina ketahanan badan kanak-kanak.

Mealshake juga sangat sesuai untuk tambah ibu mengandung, yang ada masalah sembelit. Biasa kalau sembelit disarankan ambil herblax, tapi jika tak berani boleh ambik  Mealshakes. Memang terbaik!

Antara kebaikan Mealshakes

🍄   Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak, sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 
       tahun ke atas dan juga sesuai untuk seisi keluarga
🍄   Boleh menjadi instant sahur meal/breakfast sekeluarga
🍄   Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta 
       kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
🍄   Mealshakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
🍄   Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan 
🍄   Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
🍄   Meningkatkan selera makan anak 
🍄   Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
🍄   Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
🍄   Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
🍄   Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

Antara Pilihan Penyediaan MEALSHAKES

Resipi Pilihan Mealshakes
  • 1 sudu kecil (kanak-kanak) 2 sudu (dewasa) dengan air masak suam. Shake dan minum. Sedap juga.
  • Mealshakes campur ribena ais. Rasa lemak berkrim macam ribena susu. Lagi sedap kisar ais sekali.
  • Mealshakes boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahanan, dijadikan smoothie. 
  • Mealshakes dicampur dengan susu dutchlady ke, fresh milk atau apa pun jenis susu kegemaran anda. (perasa coklat pon boleh, lemak berkrim jadinya)
  • Mealshakes campur Performance drink – sangat menyegarkan.
  • Mealshakes campur ESP dan Performance Drink (set 3 mighty gems) - Sangat sesuai diamalkan ketika bersahur
  • Mealshakes campur air oren. Kalau jus oren lagi sedap. Air twister oren pon boleh. 
  • Mealshakes campur ketul coklat pastu diblender. Letak ketulan ais.
*** Seeloknya elakkan bancuhan dengan Milo atau bahan-bahan manis yang lain untuk menjaga keneutralan Mealshakes supaya makanan tambahan ini dapat memberikan kesan yang lebih maksimum.
 
MEALSHAKES:

  • Sesuai diambil ketika bersahur dan berbuka puasa
  • Sesuai diambil oleh seisi keluarga (untuk kanak-kanak sukatan berbeza)
  • Sesuai diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak
  • Alternatif buat mereka yang tidak gemar mengambil atau susah menelan pil / tablet
  • Membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari
  • Meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan (anak-anak kurang mengantuk di sekolah, boleh fokus pada pelajaran, mereka yang bekerja juga dapat mengekalkan produktiviti kerja walaupun berpuasa)
  • Memlihara kesihatan secara menyeluruh
  • Rasa yang sedap dan amat mudah untuk disediakan

6 fakta tentang Mealshakes yang perlu anda tahu:

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z, mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protein juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Tumbesaran

Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6. Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut/buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Kenapa Mealshakes Teman Mesra Ketika Ramadhan?

Ianya kerana waktu sahur kan singkat...mana nak masak lagi. Dah tu nak kejut pasangan dan anak-anak. Lagipun, anak-anak yang tengah sedap tidur tu bukan berselera sangat nak makan awal-awal pagi. Jadi, bila masukkan Mealshakes dalam menu bersahur atau berbuka,  secara tidak langsung kita dah sediakan hidangan yang lengkap untuk mereka. Walaupun makan tak banyak, InshaAllah kita sekeluarga masih bertenaga InshaAllah. Ibadah pun terutama ibadah puasa dapat dilakukan dengan sebaiknya, InshaAllah...

Puasa Pertama Dengan Mealshakes dan Performance Drink

Jika anda juga ingin mencuba produk ini, bolehlah hubungi talian di bawah, InshaAllah kami akan membantu anda.


Talian Perhubungan
http://www.wasap.my/+60136978184/

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca sekalian...

No comments:

Post a Comment